Friday, April 30, 2010

:: back ::


Assalamualaikum,

alhamdulillah..
Allah memberi ku semangat balik untuk menulis semula post di blog ini..
setelah beberapa hal yang membantutkan diriku untuk menulis,
sekarang..tuhan telah memberi kekuatan untuk kembali menulis di sini..
insyaallah..
segala yang dijalankan oleh hambanya ini diberkati tuhan..insyaallah..

orite..
ape yg ingin ku tulis yer..

setelah kembali dari holiday and dh mula start kelas..
perasaan kembali ke sekolah telah mula kembali..
which are nervous.., noxious..numb...n more feelings that probably couldnt just be described..
but u know..
this feeling is normal wut for students kan?
i mean..
most students MUST feel the same as me.....right? (just say right laaaa...)

so anyway..
my first day of class was not that bad..
we did some revision..
(well..of course..we're going to have final exams at the end of May..waarrghh!)
scared?
well..to be honest..
i didnt feel anything though..
not even a pinch of fear of exam..
why? because for me...its a loooong way to go..
i mean..its the end of may..........loong way to go rite? rite?
rite people? agree with me dudes! (huu..shud i be scared already???)

so..due to the fact that i have ZERO feeling for the exam..
i might as well not talk about it..
agreeable? orite!

ok..
theres one thing that is bothering my feeling actually for these past few days..
the feeling of insecure being here in the united kingdom (uk sudeyh la minah oi)
people, well..not everyone, just some young teenagers and young adults..
they seem to u know..
look at us muslim women..(that wears hijab) differently..
and laugh at us..
and even pointing at the head and saying its dirty and stuff..
I had actually witnessed and being in this situation myself..

yesterday..
i walked to the college by myself (fyi..its a 15-20 minutes walk to college from my house)
I was having a meeting with my lovely buddy, Jane.. =)
so anyway..
i went alone because , well.. i just dont want to bother my friends..
i mean.. they have stuff to do.. i wouldnt want to bother people accompanying me just for my meeting..
so anyway..
it was probably the wrong time to walk on the streets towards college because it was the time when most students finished their class and were going home..
so i had to walk on the opposite of a whole crowds of students..
n well..
i didnt even tried to look up at them, but just walked with just looking at the ground..
cz if i look at their faces..
some unpleasant stuff might occur through their faces..
so i just ignored and walk through..
but well.. i've got ears havent i..
so i heard all these people mocking and laughing and saying unpleasant things about hijab and dress and stuff..
but i just ignored..
but i know my face would be as red like....well..red..
masyaAllah...you couldnt have guess how i have felt walking in those crowds..
but i just went through and after 20 minutes of walking..
my misery ended by reaching the place..

and so..
that was the story..
the moral of the story here..
dont walk alone in the middle of the crowds of mat saleh when they've just finish class..

so tu je la..

anyway..
skang subuh awal gler..
kul 3 dh subuh..
n kul 530 dh abeh subuh..
n isyak..kul 1030 mlm..
huh..
gelap..kul 8lebeyh bru nk maghrib..
allahuakbar..
sungguh besar kuasa Allah membuatkan perbezaan ini di laen tempat di dunia ini..

skarang..
i kind of a bit more lonely than before..
cz i've lost my "other half" to share things..
xpela..
mungkin xde jodoh..
tp kalo nnt..ade jodoh..
we'll never know..
its all up to Allah to decide who we will end up with..
He had created a partner for each of us insyaallah...
yes..I miss him..i do..
but..
well..
nk wat cmne..
hope he's happy with his life now..
i'm happy if he's happy.. =)

papepon..
if i feel sad or lonely..
I know that Allah will always be with me..
no matter where..
Thank you Allah for being there for me when i needed someone..
Alhamdulillah..
He is the all-hearer and the all-knowing..
(^__^)

so that is all for now..

yang baik itu dtg dr Allah..dan yang buruk adalah kelemahan diri sendiri.
kita hanyalah hamba Allah di atas dunia ini. hamba yang hanya menurut perintah Allah dan melaksanakannya dengan hati yang ikhlas insyaallah.

Assalamualaikum.


Monday, April 12, 2010

:: wahai wanita.. ::



Assalamualaikum..

apa yang sy nk share di sini adalah tentang salah satu hadis mengenai wanita..
sy ada terbaca dalam blog tentang kisah ini..n sgt menyedihkan..



Sahabat2 ku dunia akhirat sekalian, bacalah pesanan ini dengan hati dan rasa yg tunduk padaNya...serahkan hatiMU padanya...serahkan hidupMu padanya...Ya Allah..kasihanilah kami..kami juga hambaMU Ya Allah...

bacalah dengan bismillah....

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti ****, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti **** dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan memberi pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah masanya Allah Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk berhenti bekerja, langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu nyawa pun dicabut..?

Bila datang perintah Allah, maka sudah pasti tubuh badan kita tidak mampu menidakkannya.. Namun.. Berapa banyakkah perintah Allah selama ini kita nafikan..?


Doaku padaMu tuhan...Ya Allah, jika kasihMu padaku terlalu banyak tidak terhitung..kasihku padaMU juga banyak tidak terkata...hanya dengan kasih sygMu Ya Allah, selamatkanlah daku dari seksa api nerakaMu itu Ya Allah...diriku tidak layak untuk syurgaMu, namun diriku takut mengahadapi seksa api nerakaMu..kasihanilah daku, golongkanlah daku dalam golongan yg Engkau lindungi...jgn tinggalkan daku Ya Allah...daku Mohon...

::UMAT AKHIR ZAMAN::


ADAKAH KITA SEMUA DALAM KEADAAN SEDAR AKAN DUNIA KINI?


Sabda Rasululllah s.a.w:

Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku (nanti) beberapa kelompok manusia yang akan menghalalkan zina, sutera (kepada kaum lelaki), arak dan muzik.”

(Bukhari)

Huaraian hadith:

Kata Nabi Muhammad, suatu ketika nanti akan ada sebahagian daripada umat Islam yang menghalalkan perkara-perkara yang haram. Mereka tahu zina itu haram, sutera itu haram untuk lelaki, arak itu haram dan muzik yang melalaikan itu haram namun untuk memuaskan nafsu mereka membuat bermacam-macam alasan untuk menghalalkan semua itu. Berusahalah agar kita tidak termasuk ke dalam golongan ini.



Sabda baginda:

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelup rambut mereka dengan warna hitam seperti bulu burung merpati yang mana mereka itu tidak akan mencium bau syurga.”

(Abu Daud & An Nasa’i)

Huraian hadith:

Dewasa ini, bukan setakat warna hitam sahaja, tetapi rambut manusia terutamanya wanita telah diwarna-warnikan lalu dipamerkan. Awas! Mungkin inilah golongan yang tidak akan dapat mencium bau syurga sekalipun, apatah lagi untuk masuk syurga.




Pesan Rasulullah s.a.w dalam hadith yang lain:

Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (pemerintah) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan. Menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah dapat dicium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.”

(Muslim)

Huraian hadith:

Kedua-dua golongan ini tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana belum pernah dilihat baginda. Ini bermakna ia akan wujud kemudian, iaitu pada zaman sekarang. Golongan pertama ialah golongan pemerintah yang zalim. Golongan ini menghukum orang mengikut suka hati mereka. Golongan kedua pula ialah kaum wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah telanjang kerana ketatnya pakaian mereka dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Mereka berjalan dengan gaya yang menarik perhatian. Kata Nabi, perempuan yang bersanggul saja pun sudah tidak dapat mencium bau syurga, bagaimana pula dengan perempuan yang rambutnya berfesyen? Tentulah lebih hebat lagi.




Dalam hadith yang lain pula berbunyi:

“Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum khamar (arak) dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka minum) sambil dialunkan dengan alunan muzik dan suara para artis.”

(Ibnu Majah)

Huraian hadith:

Kini khamar mempunyai pelbagai nama dan rupa warna. Ada orang Islam yang minum khamar dan menamakannya ubat, sedangkan Nabi Muhammad telah memberi amaran bahawa arak sama sekali tidak akan menjadi ubat malah menambahkan penyakit. Di mana ada arak, di situ biasanya ada lagu-lagu yang melalaikan. Di mana ada muzik melalaikan dan artis, di situ biasanya akan ada arak. Jangan sampai kita menyokong salah satu daripada arak atau pun muzik yang melalaikan. Ikutlah nasihat pemimpin agung kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.





Rasulullah s.a.w pernah berdoa:

“ Ya Allah! Janganlah engkau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (iaitu para sahabat) dengan suatu zaman di mana (pada zaman itu) para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang bersopan-santun sudah tidak disegani lagi.

(Ahmad)

Huraian hadith:

Nabi Muhammad memohon perlindungan daripada Allah s.w.t agar baginda dan para sahabatnya tidak hidup pada zaman di mana para ulama dan orang baik diketepikan. Boleh jadi sekaranglah zaman yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w itu. Kini nasihat dan teguran daripada para ulama sudah tidak dihiraukan. Sebaliknya para ulama itu pula yang dikatakan salah dan sesat. Maksiat berleluasa. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun di depan orang alim dan khalayak ramai. Malahan kadang-kadang perbuatan maksiat itu sengaja dibuat di hadapan para ulama untuk menunjukkan rasa ego si pembuat dan juga untuk menyakitkan hati para ulama.

Begitu juga dengan orang yang bersopan-santun sudah tidak dihormati lagi. Masyarakat lebih suka menyanjung orang yang bersikap keras (brutal), sering membuat lawak, menjatuhkan air muka orang lain secara berkelakar, berperangai gila-gila, mengikut ‘trend’ Barat (tajaan Atheis, Yahudi dan Nasrani) dan lain-lain sedangkan itu semua bertentangan sama sekali dengan sifat-sifat nabi Muhammad s.a.w. Orang yang lemah-lembut dan bersopan-santun sudah tidak ada tempat dalam masyarakat.




Sabda baginda:

“Tidak akan terjadi hari Qiamat sehinggalah umatku bermegah-megah dengan masjid.”

(Abu Daud)

Huraian hadith:

Kata Nabi, hari Qiamat akan berlaku setelah umat Islam bermegah-megah dengan masjid. Inilah yang berlaku sekarang. Banyak masjid yang besar-besar, yang mahal-mahal bahan binaannya, yang siap dengan kolam dan taman, yang dalamnya dihiasi dengan perhiasan yang indah-indah dan dihebahkan pula kehebatannya di dalam media seluruh dunia tetapi kosong daripada jemaah. Manusia berbangga dengan masjid, bukan dengan banyaknya jemaah ke masjid. Pada zaman Rasulullah, masjid tidak dihiasi tetapi suasananya sangat meriah, sentiasa ada banyak orang yang beribadah di dalamnya siang dan malam.




Sabda baginda lagi:

“Apabila suatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah hari Qiamat.”

(Bukhari)

Huraian hadith:

Kini kita lihat bagaimana para ulama diketepikan dan orang yang tidak layak menjadi ulama dilantik memegang jawatan dalam hal-hal keagamaan. Maka akan datanglah Qiamat. Sudahkan kita membuat persediaan?




Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:

“Di pintu gerbang hari Qiamat nanti akan wujud undang-undang penipuan di mana orang-orang yang jujur akan menjadi orang yang tertuduh dan orang-orang yang sepatutnya menjadi yang tertuduh (sebaliknya) dipercayai (pula) dan pada masa itu akan muncullah ar-rawaibidhah, lalu para sahabat bertanya: “ Apakah ar-rawaibidhah itu?” Kata Rasulullah: “Iaitu orang-orang bodoh yang berbicara tentang urusan-urusan masyarakat umum.”

(Ahmad & Thabrani)

Huraian hadith:

Memang sekarang telah wujud undang-undang penipuan tersebut. Lihat saja di seluruh dunia bagaimana banyak orang-orang baik lagi alim yang didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman sedangkan orang-orang yang sepatutnya dihukum boleh pula bersenang-lenang, bahkan mendapat kepercayaan orang-ramai pula. Yang jahil tentulah orang ramai yang mempercayai orang tersebut. Maka kita yang telah belajar hadith-hadith Rasulullah ini janganlah menyokong undang-undang penipuan ini dan jangan juga menyokong orang-orang jahat itu.

Siapakah orang-orang bodoh yang membicarakan urusan masyarakat umum? Lihat saja kini bagaimana para artis boleh dijadikan tokoh jemputan atau pun pengerusi dalam majlis-majlis yang membicarakan politik, pemerintahan, ekonomi, sosial dan lain-lain yang bukan bidangnya.


Wallahu'alam... semoga dpt kita teladani bersama. Insyaallah.


courtesy : http://alexanderwathern.wordpress.com/

:: bumi ciptaan tuhan ::



brothers n sister...

mari sama2

bersyukur..

atas nikmat yg tuhan berikan..

Alhamdulillah..

Allahuakbar..











Sunday, April 11, 2010

:: Are you awaken? ::


AWAKEN
Maher Zain



We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you


Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

:: Pesanan Imam Ghazali ::

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?


Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak

mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Related Posts with Thumbnails